Tanggal 31 Ogos 2008, aku dilahirkan. Tapi betul kah tarikh itu aku dilahirkan? aku pun xpasti,tapi ibu ku sendiri yang mangatakn kebenaran itu. Yang aku tahu aku di lahirkan di kawasan yang jijik! PUSAT PELUPUSAN SAMPAH! ya mungkin tempat itu. Tempat yang penuh kotor, busuk, penuh ulat2 dan macam2 perkara yang xdapat dibayangkan...ANAK HARAM??oh tidak!! aku bukan anak haram! aku ada ibu! tp bapa?di manakah bapaku?? ibuku kata bapaku ada, dia pergi marantau ke merata2 tempat untuk mencari rezeki, tapi betulkah? aku xpasti..
Sejak kecil lg ibuku sudah mengajarku mencari rezeki ku sendiri. Dia tidak mahu aku terus bergantung kpadanya.Aku terpaksa akur dengan semua itu. Suatu hari aku berjalan untuk mengisi perut ku yang sudah lapar, apabila aku mahu menghampiri mereka, mereka memukul aku, menghina aku, mengutuk aku dan melemparkan kata2 yang kesat! apa dosa aku?? aku lari dari mereka..
Di sebelah sana aku melihat ramai orang sedg menjamu selera di sebuah restoran, aku pon menghampiri mereka. Sekali lagi aku dipukul oleh mereka. Aku xtahu mengapa mereka mnghiuna aku? apakah salah dan dosa aku pada mereka??..Oh tuhan, mengapa aku dihukum sebegini rupa oleh mereka?..Pelbagai persoalan timbul dibenak fikiranku tp aku tak tahu jawapannya...
Aduh!perutku semakin lapar. Aku sudah tidak tahan lagi. aku pun manghampiri rumah itu. aku sudah nekad aku nak masuk ke dalam rumah itu. Aku berjalan ke arah belakang rumah, aku ternampak satu lubang dan aku masuk melaluinya. Yess!akhirnya aku dapat masuk juga. Di satu sudut aku nmpak mereka sedang berkumpul sambil menonton televisyen, aku bergerak menghampiri mereka perlahan-lahan dan tanpa disedari oleh mereka semua. Aku semakin hampir dan semakin hampir dengan mereka...tiba-tiba aku terdengar suara salah seorang dari mereka menjerit!
"NYAMUK!!!adik cepat amek SHIELTOX!!!" Aku terkejut dan bertempiaran menjauhi mereka dengan laju. Salahkah aku seekor NYAMUK?? Aku juga makhluk tuhan!....Aku pun nak hidup juga........dan selepas itu aku terus membawa diri jauh entah ke mana.....
.......................................................SEKIAN............................................................
No comments:
Post a Comment