Wednesday, December 15, 2010

..........Apalah Dosa Mereka..........

Masalah sosial membabitkan remaja perempuan semakin berleluasa dan semakin menjadi-jadi!..Boleh dikatakan juga sudah ditahap kritikal, apabila mereka bukan setakat berpeleseran, bergaduh, mencuri, minum arak dan menagih dadah malahan turut berani melakukan kesalahan besar iaitu membunuh bayi yang tidak berdosa selepas terlanjur dengan teman lelaki. Apa sudah jadi??


Bayi kecil berlumuran darah
Dibunuh tanpa belas kasihan
Dibuang seperti sampah
Di mana-mana sahaja
Di tepi jalan malah di dalam tong sampah

Apalah dosa mereka 
Sehingga diperlakukan sebegitu
Apalah salah mereka 
Sehingga warisnya sanggup
Melenyapkan mereka dari muka bumi
 
 
Hati ini terlalu hiba
Mendengar dan melihat wajah anak kecil
Kaku tidak bernyawa
Dengan kecederaan serius
Sehingga ada yang anggota badan tidak sempurna
 
Manusia jenis apakah ini
Sanggup bertindak melampaui batas
Di mana pegangan agamamu?
Di mana peri kemanusiaan??
Di mana kasih sayang???

Walau kau terlepas 
Hukum duniawi
Ketahuilah kau tidak 
Akan terlepas hukuman Yang Maha Esa
Di hari pembalasan kelak


Wahai manusia yang berdosa
Insaflah dan segera bertaubat
Di atas segala dosa-dosamu
Mohon keampunan dari-Nya
Agar dirimu tidak terus
Menjadi sahabat SYAITAN!








No comments:

Post a Comment